‘Selagi Tak Bayar Tak Halal Teh Ais Tu’ – Peniaga Tularkan Pelanggan Lewat Bayar Tapi Akhirnya Makan Diri Sendiri
Viral di media sosial, luahan tidak puas hati seorang peniaga yang mendakwa seorang pelanggannya tidak membayar sebungkus air teh yang ‘dibeli’ darinya. Luahan yang dimuat naik di sebuah group kenegerian itu menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mengecam peniaga terbabit yang dikatakan tiada sifat kesabaran sehingga sanggup memalukan pelanggannya.
Dalam kejadian 2 Februari itu, peniaga itu menegaskan dia bukan mahu menjatuhkan maruah wanita berkenaan. Tetapi dia juga mencari rezeki dan tidak dapat menerima alasan wanita itu yang tiada duit kecil untuk membayarnya. “Maaflah, bukan nak menjatuhkan maruah seorang ibu. Kami pun cari makan juga. Tak payahlah kata tak ada duit kecil nak bayar.
Benda yang dibeli itu hanya berapa saja.“Ingatlah, benda yang dibeli itu makanan. Jika dimakan, jadi daging. Kasihan pada anak-anak itu. “Boleh pula dia kata sat (kejap) lagi mai bayar lain sebab tak ada duit kecil, nak pergi isi minyak motosikal dulu. Sat lagi nak mai bayar, tetapi sampai sekarang tak nampak batang hidung pun.
“Kasihan la anak-anak masih kecil, takkan nak bagi makan pun nak kena menipu? Minta tolong mai bayar saja. Selagi tak bayar, tak halal,” tulis peniaga terbabit. Bagaimanapun tampil seorang rakan kepada wanita yang menjadi mangsa viral peniaga terbabit, memberi penjelasan dan menuntut peniaga berkenaan memohon maaf di atas tindakannya yang terburu-buru itu.
“Saya kawan kepada wanita dalam gambar berkenaan. Kes air teh ais itu cuma lewat setengah jam sahaja. Tetapi dia sudah bayar. “Kepada tuan kedai, mohon minta maaf kepada kakak itu. Dia terlewat bayar sebab hantar anak pergi sekolah. Dia nak bayar pada awalnya tetapi tuan kedai tiada duit kecil.
“Kalau nak berniaga, biarlah ikhlas. Esok kita jumpa di kedai. Terima kasih kepada mereka yang bersimpati dengan kakak itu. Dia dah bayar duit itu,” kata Hidayat Dayat. Sementara itu di media sosial, warganet mengecam peniaga terbabit yang kurang sifat kesabaran sehingga memfitnah pelanggannya sendiri.
“Alahai, kes teh ais sebungkus saja pun. Lewat setengah jam saja bayar, akak itu tetap bayar walaupun lewat. Untung akak itu dapat pahala percuma. “Benda tak logik viral pun nak viral. Orang lain sampai berpuluh ringgit lewat bayar pun tak kecoh. Orang lain pun berniaga juga, tetapi ada juga sifat timbang rasa,” kata Alang Siti.
“Ibarat kata pepatah, tangan yang memberi lebih baik dari menerima. Anggap saja sebagai sedekah. Hari ini kita rugi RM1.50, esok-esok kita untung berlipat kali ganda kak oi!” kata Adilla Paiman. Mengetahui dirinya dikecam warganet, peniaga terbabit dijangka akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelanggannya itu. Malangnya dia memilih untuk memberi respon berikut: “Ampa nak cakap apa, cakap la. Saya bercerita pasal hak saya!!”
CHINA: Binaan blok Lego yang mengambil masa tiga hari untuk dibina telah dimusnahkan oleh seorang budak lelaki Cina dalam masa sejam selepas ia dipamerkan pada Ahad (29 Mei). Zhao, seorang artis muda dari bandar Wenzhou, membelanjakan lebih dari 100,000 yuan (RM63,284) untuk patung musang bernama Nick, dari filem animasi Zootopia.
Beliau mengambil masa selama tiga hari tiga malam untuk membina patung dengan 1.8 meter tinggi itu, yang telah dipamerkan di ekspo Lego di Ningbo. Walau bagaimanapun, ia tidak lama di situ. Dalam masa sejam pembukaan ekspo ini, seorang budak lelaki berusia empat tahun meletakkan tangannya di atas hasil kerjanya itu dan secara tidak sengaja
menolaknya ketika sedang bergambar.Kejadian berlaku walaupun terdapat tanda amaran ‘jangan sentuh’ berhampiran karya seni itu dan semua patung di pameran itu telah dipisahkan daripada pengunjung dengan tali. Menurut akhbar berbahasa Cina, ibu bapa kanak-kanak itu memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi tetapi Zhao enggan menerimanya, dengan
berkata ia berlaku secara tidak sengaja. “Kanak-kanak itu tidak berniat untuk memecahkannya,” katanya, menurut CCTVNews. Zhao dilaporkan berkata: “Banyak usaha diperlukan untuk membina arca itu, terutama pada bahagian mata di mana saya terpaksa menukarnya banyak kali.”Menurut BBC News, hashtag
#ManSpends3DaysAndNightsBuildingBlocks telah digunakan lebih 13,000 kali di media sosial China selepas kejadian itu. Namun, ini bukan kali pertama binaan atau karya seni telah dimusnahkan oleh pengunjung. Minggu lepas, rakaman CCTV dua budak lelaki mematahkan ukiran kaca di Muzium Kaca Shanghai di China telah dikeluarkan.
Seorang pengutip sampah, usianya sudah 60 tahun. Pekerjaannya setiap hari adalah mengais-ngais tong sampah mencari botol bekas untuk dijual lagi demi sesuap nasi. Walaupun hidupnya susah, tapi ia sama sekali tidak terfikir untuk meminta-minta. Asal ia masih boleh bekerja, ia tidak akan meminta pada orang lain. Jika ia tidak sengaja menemukan duit, ia akan anggap itu suatu keberuntungan, rezeki dari Allah. Suatu hari ketika sedang memungut sampah, ia melihat seorang pemuda jatuh pengsan. Pemuda itu terlihat seperti kesakitan, tidak tahu ia terkena masalah jantung atau apa, tapi mukanya pucat, badannya tak berhenti bergetar dan mengeluarkan peluh. Ketika ditanya, pemuda itu tampak kesulitan menjawab. Tanpa fikir panjang, ia terus memikul pemuda itu ke klinik terdekat.
Setelah diperiksa, doktor berkata bahwa ususnya bocor. Untungnya cepat dibawa ke sini, kalau tidak boleh membahayakan nyawanya dan harus membuat pembedahan. Harga pemeriksaan dan obat-obatan, total keseluruhan biaya adalah RM400. Biaya harus dibayar langsung, namun sementara pemuda itu masih belum sedarkan diri. Pengutip sampah itu kebingungan. Ia juga tidak bawa duit. Ia cuma seorang Pengutip sampah, ia juga tak punya duit sebanyak itu. Setelah puas berfikir, ia minta izin keluar sebentar kepada pihak hospital. Ia bergegas pulang ke rumahnya, membongkar seluruh wang yang ia punya, semuanya wang kecil dan syiling-syiling, wang puluhan ringgit ada berapa keping. Ia tidak punya waktu lagi untuk menghitung satu satu. Semua ia bawa ke hospital.
Untungnya, uangnya cukup, ada kelebihan RM 8.00. Uangnya cuma sisa RM 8.00. Ia sudah cukup senang, setidaknya ia tidak akan kelaparan untuk beberapa hari. Keesokan harinya, pemuda itu sedarkan diri. Ia baru tahu apa yang terjadi padanya dan siapa yang menolongnya. Apalagi setelah mengetahui pengutip sampah itu mengeluarkan seluruh tabungan miliknya untuk menolongnya, ia merasa amat sangat terharu dan tidak percaya. Setelah diperbolehkan keluar dari hospital, ia mencari di mana pengutip sampah itu. Ia ingin mengucapkan terima kasih padanya secara peribadi. Jika bukan berkat pertolongan darinya, mungkin nyawanya sudah melayang di jalan.
Ketika ia menemukan pengutip sampah itu, ia memberinya sejumlah wang tunai senilai RM 13 ribu sebagai tanda terima kasih. Dengan marah, pengutip sampah itu menolak. “Saya menolong kamu bukan demi wang! Saya tidak mau wang kamu! Bawa pulang sana!” Pengutip sampah itu pun pergi begitu saja. Biaya perubatan pun tidak ia meminta. Setelah pergi, Pengutip sampah itu sedikit menyesal. Wang hanya berbaki RM2 sahaja. Apa harusnya tadi ia terima saja wang itu? Sekarang ia tidak punya apa-apa lagi. Ia hanya terus mengais sampah, mengumpulkan kembali wangnya sedikit demi sedikit. Hanya dengan berpikir seperti itu, ia baru tidak sedih lagi.
Keesokan harinya, ia kembali memungut sampah seperti biasanya. Siapa sangka baru melihat ke dalam tong sampah, matanya tiba tiba bersinar. Ia melihat ada beberapa keping wang RM10. Ia melihat ke kiri kanan, sepertinya tidak ada yang melihat, ia pun memasukkannya ke dalam poketnya. Ia sangat bersyukur dan merasa ini adalah rezeki dari Allah. Sejak saat itu, hampir setiap hari ia menemukan wang beberapa beberapa ratus ringgit tempat yang sama. 10 tahun pun berlalu. Sudah tidak terhitung lagi berapa wang yang telah ia temukan di sana, jumlahnya mencapai puluhan ribu ringgit. Wang yang ia dapat dari menjual botol dan sampah plastik sama sekali tidak dapat dibandingkan dengan itu.
Usianya yang sudah tua dan sakit parah yang dideritanya membuat ia tak bisa memungut sampah lagi. Sebelum pergiannya, seorang pemuda berbaju kemeja datang ke kediamannya. Pemuda itu adalah pemuda yang ia tolong 10 tahun yang lalu. Setelah mendengar ceritanya, ia baru sadar bahwa selama ini bukan keberuntungan yang ia dapat, tapi pahala baik karena telah menolong pemuda pengusaha tersebut. Setelah mengetahui kebenaran tersebut, muka pengutip sampah itu penuh dengan senyuman dan matanya meneteskan air mata. Sebelum pemergiannya, kalimat terakhir yang diucapkannya adalah “Orang baik pasti dapat pahala…”pengutip sampah itu tidak punya anak juga tidak punya sanak saudara. Pemuda pengusaha itu kemudian mengatur pemakamannya dan menuliskan di batu nisannya, Berbuat baik tidak perlu alasan. Hargai kebaikan orang maka kamu akan selalu diberkati.
Sumber : suara media