“Saya Rela Tak Berlakon Daripada Buka Tudung”


Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon, Mia Sara Nasuha mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya untuk membuka tudung sedangkan dia sudah pun berhijab sejak lima tahun lalu.

Gadis berusia 16 tahun itu berkata ramai yang meny4ngka dia sudah tidak aktif berlakon tetapi sebenarnya dia terpaksa menolak banyak tawaran. Tegasnya, dia lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung.

“Nak suruh saya buka tudung, tak mungkin akan berlaku. Saya lebih rel4 tidak berlakon daripada membuka tudung demi memenuhi permintaan mereka.



“Saya akui, tawaran lakonan semakin berkurangan sejak mula mengenakan hijab. Ia tidak lebat seperti suatu ketika dahulu. Baru-baru ini pun masih ada tawaran yang meminta saya membuka tudung selepas diberitahu mengenai watak yang ditawarkan.

“Bukan sekali, ia berlaku berkali-kali, lebih lagi pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak t0lak tawaran lakonan. Ia bukan sebab saya tak mahu berlakon,” katanya kepada BH Online.


Dalam pada itu, Mia turut meminta pihak produksi diluar sana menghormati dirinya yang sudah berhijab. Ujarnya, berikan watak tidak bertudung seolah minta untuk membuka hijab.

“Oleh sebab terima banyak tawaran watak tidak bertudung, jadi saya jar4ng kelihatan di kaca televisyen (TV) sekarang ini. Apabila kurang berlakon, t1mbul pula andaian saya sudah tidak berminat berlakon lagi dan mahu fokus pada pelajaran.

“Saya minta sangat pihak luar menghormati pendirian saya yang sudah bertudung. Saya pakai tudung bukan atas p4ksaan sesiapa, ia hadir atas kerelaan hati,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rotikaya