Semoga DS Najib berjaya luluskan pengeluaran one-off RM10k dan lanjutan morat0rium 6 bulan.
DS Najib merupakan harapan rkyat supaya Belanjawan 2021 dipinda agar pengeluaran secara one-off RM10000 dan lanjutan moratorium yang dicadangkan beliau sendiri diluluskan.
Kedua-dua cadangan bernas itu telah mendapat sokongan dari majoriti rkyat Malaysia kerana ia secara efektif dapat mengurangkan beban rkyat yang menderlta aklbat ketidaktentuan ekonomi dalam era C0vld-19 ini.
RESPON DS Najib melalui FB beliau apabila kerjaan tidak meluluskan pengeluaran one-off RM10000, sebaliknya umumkan hanya RM500/sebulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan sahaja.
“Kenapa terd3sak untuk umumkan sesuatu yang tidak memenuhi keperluan?
Kenapa nak teruskan dengan had pengeluaran RM500 sebulan hanya untuk mereka yang kehilangan kerja sahaja jika ianya tidak memenuhi keperluan dan kehendak ramai?
Adakah hanya 600,000 warga Malaysia yang hilang kerja perlu dibantu?
Bagaimana pula dengan mereka yang tak hilang kerja tetapi pendapatan bulanan mereka turun mendadak sebab OT, elaun, point servis, komisyen dan sebagainya dikurangkan atau gaji asas mereka dip0tong majikan?
Ramai pekerja juga terpaksa bersetuju dengan majikan untuk ambil no-pay leave atau half-pay untuk membantu kelangsungan majikan.
Mereka tak hilang kerja tapi pendapatan berkurang pada masa komitmen bulanan mereka tetap tinggi.
Mengapa pembayaran one off sehingga RM10,000 ini amat diperlukan oleh pencarvm dan kenapa ianya perlu diperluaskan kepada mereka yang tidak hilang kerja?
Antara sebabnya, pembayaran one-off ini sebanyak RM10,000 boleh digunakan sebagai penyelesaian hutang tunggakan mereka seperti bil utiliti, bayaran sewa atau pinjaman rumah, keperluan untuk anak-anak, carvman insurans tertvnggak dan sebagainya.
Jika tak boleh buat RM10,000 sekaligus. Boleh bertimbangkan lump sum RM3,000 atau RM5,000 sekaligus. Bakinya dibayar secara beransur setiap bulan untuk 3 atau 6 bulan lagi.
Selain daripada itu, wang “lump sum” tersebut juga boleh digunakan sebagai modal asas untuk memulakan perniagaan kecil terutama sekali bagi mereka yang sudah kehilangan kerja.
Sebagai contoh, wang ini juga boleh digunakan untuk membeli peralatan seperti motosikal bagi menjadi pemandu penghantar makanan atau barangan.
Rakyat juga boleh menjadikan wang tersebut sebagai modal permulaan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian atau “online business” yang kini semakin pesat mengembang.
Keperluan ini tidak dapat dipenuhi sekiranya dibayar cuma RM500 setiap bulan sahaja.
Sudah tentu, pengeluaran one off RM10k ini dapat membantu Kapt Azrin mengembangkan perniagaan warung Kaptennya. Secara tidak langsung, Mak Cik Kiah juga dapat mengembangkan lagi perniagaan pisang goreng beliau kepada perniagaan air tebu dan sebagainya.
Ramai yang mahu duit lump-sum untuk rolling.
Sekali lagi, hanya RM500 sebulan dan dihadkan untuk mereka yang sudah hilang kerja sahaja TIDAK memenuhi keperluan ramai.”
DS Najib juga secara sinis telah memberikan teguran kepada kerajaan dengan memberikan contoh kerjaan Australia yang telah membenarkan pengeluaran duit persaraan rkyat Australia sebanyak 20000USD/seorang dari Tabung Persaraan Australia.
Di bawah merupakan post tersebut yang dipetik dari FB DS Najib.
“Nampak sangat Menteri Kewangan negara Australia langsung tak reti jaga masa depan warga negara itu.
Dia benarkan semua warga Australia yang sedang bekerja atau berniaga yang pendapatan mereka berkurang 20% atau lebih aklbat C0vld untuk keluarkan AUS$20,000 daripada tabung persaraan mereka (yang dikenali sebagai superannuation atau “super” di sana).
Ini amat zalim sebab warga Australia langsung tak diberi peluang untuk mengadu dan mengemls wang simpanan mereka sendiri pun.
Jika $10,000 beri impk $41 sebulan maka $20,000 beri impak $82 sebulan.
Apakah nasib warga Australia apabila pendapatan mereka berkurang sebanyak $82 sebulan selepas mereka bersara?”
Marilah sama-sama memberikan sokongan kepada DS Najib yang gigih memperjuangkan hak rkyat.
Terbaik DS.
Sumber: Malaysiapolitik
