“Ibu gertaak dengan hanger” – ‘Parents’ Rotan Kaki & Picit Tangan Anak Untuk Suruh Makan Dekat Kedai Tomyam
Kalau pergi makan dekat luar memang macam-macam kerenah kita akan lihat kan? Selalunya kalau pergi kedai makan dan ada kanak-kanak memang akan riuh. Tapi, lain pula yang terjadi di sebuah kedai tomyam dekat Keramat baru-baru ini.
Kisah ini dikongsi oleh pembaca Lobak Merah sendiri di mana menurutnya dia telah menyaksikan ibu bapa mem4rahi dan mengasari anak mereka di kedai makan tersebut. Menurut Laily, dia dan keluarganya sedang menunggu makanan mereka sampai sebelum tiba-tiba ternampak seorang kanak-kanak lelaki berlari sambil menjer!t.
Ternampak seorang anak lelaki berumur sekitar 8 tahun berlari menjer!t. Pandangan kami tertumpu pada anak lelaki itu.”

Apa yang lebih mengej0tkan, kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut masing-masing memegang rotan serta hanger untuk menakutkan anak mereka. Bukan itu saja, mereka dikatakan bersikap kasar terhadap kanak-kanak tersebut serta turut merotan di bahagian kaki.
Terkejut apabila melihat bapanya berlari mendapatkan anak dia dengan menggunakan hanger baju sebagai umpan untuk anak dia takut dan dengar cakap.”Cara bapa dan ibunya begitu kasar menyuap anaknya dengan memegang kepala dan memicit tangan anaknya.”

Bersangka kanak-kanak itu mungkin menghidap autism namun menurut Laily itu bukanlah cara yang betul untuk mengajar. Apatah lagi di tempat awam. Malah ketika anaknya lari dan menjer!t, si bapa didengari memanggil dengan kasar,
Eh mana kau nak lari ah?!!”



Berikut perkongsian Laily kepada Lobak Merah
Dia berkata dilema ingin meneg0r kerana kasihan dengan nasib kanak-kanak tersebut namun pada masa yang sama suaminya berkata lebih baik tidak masuk campur hal keluarga orang lain.
Kalau korang dekat situ, apa korang akan buat?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Asia
Sumner LM
